Monday, July 27, 2009

Keputusan Perlawanan Bola Persahabatan

Salam

Pada jumaat malam sabtu yang lalu, pasukan bukit mahkota enam telah menentang pasukan yang handal dari town house bandar seri putra. Perlawanan bermula lewat jam 11 malam. Ini merupakan strategi pihak kita untuk melemahkan pasukan pelawat. Perlawanan yang lewat diharapkan mampu melemahkan benteng pasukan lawan, kata presiden bolasepak M6 En Jalil. Namun strategi tersebut hampir memakan diri apabila para pemain kita nampaknya layu setelah diberikan tempeyek rangup keluaran Zahir Production.

Pasukan M6 ketinggalan sebanyak 6 kali sebelum menyamakan kedudukan. Pada separuh masa kedua setelah pemain-pemain hebat dimasukkan seperti saudara jamil, awie dan zahir (hehehe) barulah pasukan bukit mahkota menjarakkan kedudukan 6 berbalas 1 yang kemudiannya dah terkira (Punyalah banyak jaringan dari kita dan pihak lawan).

Apapun tahniah kepada pasukan M6 dan tahniah kepada pasukan group pelawat. Seronok juga dapat berjumpa member lama aku (pensyarah di UniKL MFI).


Untuk perlawanan bola padang aku takde info sebab tak turun. Di harapkan moderator lain akan update. Setahu aku ketumpulan striker antara penyumbang kekalahan kita pada pagi tu.

Wednesday, July 22, 2009

INFO TERKINI: BOLASEPAK DAN FUTSAL

SALAM,

Info terkini: Terdapat 2 perlawanan bolasepak akan berlangsung. Setelah blog football bola kita diserbu oleh pihak jiran yang berdekatan, mereka telah teruja untuk menjemput pasukan M6 agar menunjukkan skill masing-masing.

Semoga dengan perlawanan-perlawanan ini akan menambahkan lagi kenalan dan persahabatan sesama kita.


Pertama:

FUTSAL

Lokasi: Nilai (tempat biasa)
Tarikh: 24.7.09 (Jumaat Malam Sabtu: Yakni Esok)
Masa: 9.30 malam

Penaja : ZNA

Lawan: Juara Townhouse Seri Putra

BAGI YANG BERMINAT SILA SMS NAMA KEPADA JALIL: 0192927819
__________________________________________________________

Kedua

Bola Padang


Lokasi: Padang MARDI Serdang

Tarikh: 26.7.09 (Ahad)

Pukul: 8 am

Pengurus: Midon

Penaja : SEDANG DICARI

Lawan: Seksyen 8 Bandar Baru Bangi


Berminat sila sms nama kepada En Jalil: 0192927819


Perhatian: Bagi yang tidak pernah menyertai kami namun berminat menyertai kami anda dipersilakan. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda.

Tuesday, July 21, 2009

UNTUK INSURAN RUMAH DAN LAIN-LAIN

Salam.

Kita mengetahui kejadian malang yang telah menimpa saudara kita yang mana rumah nya terbakar beberapa minggu yang lalu.

Sekali lagi pihak kami ingin mewar-warkan bagi sesiapa yang ingin mengambil insuran rumah atau insuran apa sahaja di bawah Takaful Ikhlas bolehlah menghubungi saudara Marzuki untuk mengetahui lebih terperinci mengenainya.

Boleh terus hubungi beliau di no : Saudara Marzuki - 012-3090612

Terima kasih

Gambar-gambar di majlis gotong royong 1 (Semi D)

Salam. Beginilah keadaan pada pagi kejadian majlis gotong royong tersebut. Majlis berjalan dalam keadaan aman dan damai.

Aku pulak hampir-hampir nak balik lepas senam robik tersebut. Almaklumle, peluh dah keluar mencurah-curah. Apapun tahniah buat semua. Tahniah buat ajk penganjur, Pengerusi kita Mejar Razali dan semua yang hadir bagi menyokong hasrat dan usaha murni kita ini.

Kita perlukan lebih kerap aktiviti seperti ini di masa hadapan. Jangan lupa kalau nak air ECPI boleh call aku atau chef (hehehe) Promosi skit.
















































































Gambar-gambar di majlis gotong royong (Semi D)





















































































































































































































































































Monday, July 20, 2009

Majlis Gotong Royong

Salam

Satu majlis gotong royong First Round untuk Semi D telah pun berjaya di adakan pada 19.7.09 hari ahad yang lalu.

Bermula dengan acara senam robik yang diketuai oleh Saudara Mejar Razali yang juga merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 6.

Untuk gambar-gambar akan di uploadkan dalam masa terdekat ini, insyaAllah.

Kejadian Pecah Rumah Terbaru

Satu kejadian pecah rumah terbaru berlaku di no 62 jalan 6/1a (cluster lama). Kejadian disedari tuan rumah setelah pulang dari Penang pada lebih kurang pada jam 11 malam pada Jumaat yang lalu.

Benda yang hilang adalah set pinggan mangkuk dan duit tabung anak-anak.

Antara yang hadir di tempat kejadian ialah saudara Mejar Razali (pengerusi M6), Azarin, Azmir, Ustaz Shamsuddin dan Hisham.

Kita perlulah beringat dan meronda-ronda kembali nampaknya agar kejadian sebegini dapat kita ambik tahu dan dapat menjaga keselamatan rumah kita.

Bacalah doa dan surah-surah yang boleh membantu "mengunci rumah" seperti surah Kursi yang amat berkesan dengan izin Allah.

No tel untuk dihubungi:

Jika tuan-tuan dan puan-puan mempunyai sebarang permasaalahan berkenaan Bukit Mahkota 6 kita boleh menghubungi no tertera di bawah:

Saudara Azmir - 013-3407323

Saudara Marzuki - 012-3090612

(no tel lain akan di update)