Monday, July 20, 2009

Kejadian Pecah Rumah Terbaru

Satu kejadian pecah rumah terbaru berlaku di no 62 jalan 6/1a (cluster lama). Kejadian disedari tuan rumah setelah pulang dari Penang pada lebih kurang pada jam 11 malam pada Jumaat yang lalu.

Benda yang hilang adalah set pinggan mangkuk dan duit tabung anak-anak.

Antara yang hadir di tempat kejadian ialah saudara Mejar Razali (pengerusi M6), Azarin, Azmir, Ustaz Shamsuddin dan Hisham.

Kita perlulah beringat dan meronda-ronda kembali nampaknya agar kejadian sebegini dapat kita ambik tahu dan dapat menjaga keselamatan rumah kita.

Bacalah doa dan surah-surah yang boleh membantu "mengunci rumah" seperti surah Kursi yang amat berkesan dengan izin Allah.

No comments: