Monday, July 27, 2009

Keputusan Perlawanan Bola Persahabatan

Salam

Pada jumaat malam sabtu yang lalu, pasukan bukit mahkota enam telah menentang pasukan yang handal dari town house bandar seri putra. Perlawanan bermula lewat jam 11 malam. Ini merupakan strategi pihak kita untuk melemahkan pasukan pelawat. Perlawanan yang lewat diharapkan mampu melemahkan benteng pasukan lawan, kata presiden bolasepak M6 En Jalil. Namun strategi tersebut hampir memakan diri apabila para pemain kita nampaknya layu setelah diberikan tempeyek rangup keluaran Zahir Production.

Pasukan M6 ketinggalan sebanyak 6 kali sebelum menyamakan kedudukan. Pada separuh masa kedua setelah pemain-pemain hebat dimasukkan seperti saudara jamil, awie dan zahir (hehehe) barulah pasukan bukit mahkota menjarakkan kedudukan 6 berbalas 1 yang kemudiannya dah terkira (Punyalah banyak jaringan dari kita dan pihak lawan).

Apapun tahniah kepada pasukan M6 dan tahniah kepada pasukan group pelawat. Seronok juga dapat berjumpa member lama aku (pensyarah di UniKL MFI).


Untuk perlawanan bola padang aku takde info sebab tak turun. Di harapkan moderator lain akan update. Setahu aku ketumpulan striker antara penyumbang kekalahan kita pada pagi tu.

No comments: